Pelakon Fatin Afeefa berkata kehidupannya kini lebih tenang dan selesa menjadi suri rumah menguruskan suami serta anak-anak.
Memetik temu bual KLTV, Fatin berkata dia masih lagi berkawan dengan orang industri namun menolak jika ada yang memberikan tawaran lakonan.
BACA: “Allah Tak Tidur, Nampak Semua Pengorbanan” – Fatin Afeefa ‘Support’ Bisnes Online Abby Abadi”
“Saya masih lagi berkawan dengan orang industri dan ada yang pujuk untuk berlakon tapi saya cakap tak boleh, saya hormat suami saya. Macam mana nak masuk syurga tak dengar cakap suami.
“Saya enjoy jadi suri rumah, jadi ibu, enjoy boleh bangun suka hati, saya boleh tidur bila-bila saya nak. Macam dulu masa masih berlakon menyanyi, saya tak rehat, saya tidur 2 hingga 3 jam.
“Selepas saya umum tak berlakon tak menyanyi, saya boleh fokus pada anak-anak. Dapat teman anak belajar, dapat markah rendah dapat rotan. Saya dapat rasa jadi seorang ibu. Lebih tenang,” katanya.
Sementara itu, Fatin berkata meskipun dia bergelar suri rumah namun dia meminta izin daripada suami untuk membuat perniagaan dari rumah.
“Saya cakap dengan suami, boleh jadi suri rumah tapi nak buat bisnes dari rumah pun okay supaya otak saya berjalan.
“Suami saya okay janji bisnes tu dari rumah. Saya pergi pejabar sebulan dalam empat kali dan ada pekerja yang akan uruskan. Saya rasa best, tak ada lah untung juta-juta tapi cukup untuk buat minda saya bergerak,” katanya.
Sumber: Instagram kltv_my