fbpx

Fatin Afeefa: Kalau Betul, Tunjukkan Diri

Terpalit dengan kontroversi melibatkan suami orang, Fatin Afeefa menjelaskan bahawa gambar wanita bercumbu yang tersebar di laman sosial sebelum ini bukanlah dirinya. Malah Fatin turut menyeru agar wanita yang mendakwa dia telah merampas suaminya itu agar mendedahkan identiti sebenar.

BACA: Wanita Dedah Fatin Afeefa Tidur Dengan Suami Orang?

“Orang yang memberi kenyataan tersebut berselindung di sebalik akaun palsu, jadi apa tujuannya? Kalau betul, keluarkan diri dekat umum. Jangan sembunyikan diri anda”

“Saya tidak kacau siapa pun. Orang tak suka bila kita tunjuk kita senang kot. Entah lah. Cuma, apa yang boleh saya katakan ialah kalau betul, tunjukkan diri. Kalau sembunyi, berita itu tidak sah,” jelasnya kepada Kosmo! Online.

Dalam perkembangan sebelum ini, wujud seorang individu yang mendakawa bahawa Fatin telah dan suaminya tinggal bersama. Selain itu, buat masa ini Fatin enggan bercerita lanjut mengenai kisah peribadinya dan memberikan tumpuan penuh kepada drama lakonannya. (rtky/s)