fbpx

Pelakon Fatin Afeefa mendedahkan kedua-dua anaknya iaitu Adam Aisy Arrian dan Ivy Herra Sophia dalam proses ingin khatam kitab suci Al-Quran.

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok semalam, Fatin memberitahu mengenai perkara itu apabila ada pemiant bertanyakan mengenai keberadaan anak lelakinya dan pelakon itu berkata kedua-dua mereka sedang mengaji.

BACA: “Kahwin Celah Mana Kau Ni?” – Adam Shahz Hilang Sabar Dengan Fatin Afeefa

“Anak-anak saya sekarang tak ada kat rumah. Diorang pergi mengaji. Pukul 10 nanti baru balik dari waktu Isyak tadi,” kata Fatin.

Menurut Fatin lagi, anak-anaknya terutama yang sulung, Arrian melarangnya untuk mengambil mereka daripada tempat mengaji sebelum pukul 10 malam.

Kata Fatin, kedua anaknya itu melarangnya berbuat sedemikian kerana mahu khatam al-Quran sebelum berakhirnya tahun 2022.

Bagaimanapun, Fatin menegaskan bahawa mereka berkemungkinan tidak sempat untuk khatam memandangkan baru saja masuk juzuk kesebelas.

“Mereka berdua sedang berlumba nak khatam al-Quran. Sebab itu mereka tak bagi saya ambil balik mengaji awal. Arrian pula sebab Ivy dah lebih beberapa surah daripada dia, jadi dia nak kejar balik,” ceritanya.

Dalam pada itu, Fatin sempat mengatakan bahawa dia akan pastikan kedua-dua anaknya menghafaz al-Quran pada masa akan datang selain mendapat ilmu agama secukupnya.

Terdahulu, Fatin mendirikan rumah tangga dengan pelakon Adam Shahzpada tahun 2013 namun bercerai pada 2017.  Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak perempuan Ivy Herra Sophia.