“Kahwin Celah Mana Kau Ni?” – Adam Shahz Hilang Sabar Dengan Fatin Afeefa
Nampaknya perbalahan antara pelakon Adam Shahz dengan bekas isterinya, Fatin Afeefa tiada kesudahan. Baru-baru ini, Adam ada memuat naik video perbualannya dengan anak mereka iaitu Ivy Herra Sophia.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, anak perempuannya itu membuat pendedahkan mendakwa bekas isterinya tidur bersama teman lelaki.
BACA: “Mommy Tidur Dengan Boyf…” – Adam Shahz Kongsi Video Perbualan Dengan Anak
Memetik mStar Online, Adam berkata dia ada menelefon ibu Fatin untuk mendapatkan kepastian mengenai pengakuan anaknya itu. Ibu mentuanya mendakwa Fatin sudah berkahwin senyap-senyap.
“Aku tanya anak aku, mama tahu tak benda ni. Mama merujuk kepada nenek dia. Mama kata jangan cerita family secret dekat orang.
“Aku telefon ibu Fatin, mak mertua aku, apa benda anak mengadu macam ni, end up mak dia cakap deorang sebenarnya dah kahwin bulan 9 ke bulan 8 hari tu tapi belum buat majlis deorang kahwin senyap-senyap.
“Tiba-tiba dapat tahu baru bertunang, kahwin celah mana kau ni, aku baru tahu. Kebetulan pulak dia memang sijil cerai aku. Bila kau nak kahwin baru, kau perlukan sijil cerai, so kau minta dekat aku sijil cerai, jadi maknanya kau belum kahwin. Aku tak tahu siapa yang menipu, mak kau ke kau ke?” katanya.
Dalam pada itu, Adam memberitahu sudah sebulan tidak dapat bertemu dengan anak perempuannya serta memaklumkan dia telah disekat termasuk di media sosial.
“Dah sebulan lebih dan sepatutnya ada jumpa dengan dia, dia suruh datang ambil. Kali terakhir Ivy cakap ’Tomorrow you must come’, tapi rupanya aku dah kena block.
“Tak tahu kat mana dia sekarang. Macam netizen kata kenapa tak tahu alamat rumah. Tahu, tapi for what aku pergi sana kalau mengundang masalah lain.
“Kalau pergi sana tapi jadi hal dengan polis aku menceroboh property orang lain, jadi panjang cerita dan menyukarkan lagi apa yang aku tengah proses sekarang,” katanya.
Diakhir temu bual itu, Adam turut meminta Fatin supaya menghubunginya jika dia menonton video ini seandainya tidak mahu isu berkenaan semakin berpanjangan.
“Aku still nakkan sijil cerai suami pertama kau dulu, aku perlukan. Kalau kau tengok video ni please contact aku kalau kau taknak benda ni semakin parah. Ingat eh, banyak benda eh, jangan aku keluarkan satu persatu,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
Kalau betul pun si fatin tu spt mana yg didakwa,maka bertambah malang la si fatin sbb dpt ex yg mcm ni…dok canang 1 dunia benda mcm2…aku tak sebelahkan sapa-sapa tp si adam ni lelaki,ada 9 akal kan jd ptt lbh rasional…bukannya meroyan mengalahkan perempuan.
Pelik mamat ni.. alasan yg bukan²… sijil cerai kan setiap pasangan dapat? Pe hal lak fatin nak kawen kena dptkan sijil cerai dr dia.. delusional ker aper? Haha .. sah² x leh move on x leh trima hakikat ex dah mengorak langkah bahagia
Gila talak mamat nih!
Jeles la tu hehe..ada pulak si adam nk sijil cerai suami pertama si fatin..amende la kau adam..biau le si fatin tu nk kawin bila2 masa dia suka..bkn dia bini kau lg..gila talak si adam ni agaknya..
Intan.
Tu dia nk bg hint nk bgtau netizen yg si fatin ni dulu sbnarnya ada ank tp tk kawin.yg sulung tula bukan ank ngn adam.ivy tu je.dia saje nk malukan ex dia tu.tktau nk ckp.mungkin dah hilang sabar sbb ex bini dia ni bl3h tahan perangai. Pastu pandai pusing2
Assalam selamat pagi, abang tak masuk campur sebab abang pun taktahu menahu cerita ni
sbenarnya adam ni move on ajelah, ape lg nk dimalukan ex tu, dh lama berpisah dh pun kan… istighfar byk2.. klu kite di tempat yg btul, tak perlu cari pasal lg dgn org yg salah.. sabar byk2.. inshaAllah berkat sabar Allah akan bagi rezeki lain yg lg byk kat kite..
Kot ye pn Fatin ade sejarah silam, x perlu bukak pekung..mase nak kawen dulu, mesti dh tau..boleh plak terima Fatin dgn anak dia..dh cerai semua nk canang dh kenapa?? Sbb jeles org tu dah nk kawen?? Mane awek dia yg dia kate nk dah nak kawen sgt tu??? Tggu pompuan tu cerai tp x cerai2 lagi ke? Semua org ade aib..bersyukur la Allah tutup aib kita…yg penting, wlu ape pun taraf anak lelaki Fatin tu, dia tetap jaga & didik..tak abaikan pn..
perempuan is complicated..aku pn perempuan..tp klau kau kawin ng perempuan psiko..cara jln nye fight kt mahkamah jela..sabar Insya Allah org teraniaya akn menang..dr kau bukak aib..nanti aib sendri pn terbukak…ank pn akn makin besar..dia akn cri bapak dia jgk…
kenapa aku nampak mamat ni macam over… semoga semuanya dipermudahkan..
YANG KUTUK-KUTUK SI ADAM NI SAH-SAH LA PEREMPUAN.. DIORANG XTAU APA YANG LELAKI RASA.. EH, BUKAN XTAU, TAPI XPEDULI.. JANJI PEREMPUAN MENANG KAN??…
Kalau betul dia da kawen mesti anak dia cakap tu daddy baru dia, budak sebijak tu tak kan la tak tau yang mama dia dah kawen baru. Kalau budak tu tak mention mesti la tak sah lagi sebagai suami isteri. Dan kalau dah sahkan buat apa fatin nak sorok2. Jadi faham la situasi fatin tu apa sekarang. Apa pun terpulang kau lah fatin. Ni jalan yang kau pilih.
Jantan hodoh ni gila talak ke???
dah kenapa nak pegi merayu mintak sijil cerai dgn org tu patin pipah oiii..ko pegi la pej agm, mintak dgn pej agm. dia org keluarkan 2, satu utk laki satu unt pompuan…dah knp bekas laki ko simpan dua2 sijil