fbpx

“Fatima Bukan ‘Content’ Media Sosial”

Mengakui jarang memuat naik perkembangan anaknya di media sosial, pelakon Nur Fazura berkata dia enggan menjadikan Nur Fatima Aisya sebagai ‘content’ di media sosial untuk menarik perhatian ramai.

Ujarnya, dia juga tidak mahu terlalu dedahkan anak di media sosial dan merasakan tidak perlu untuk membuat akaun Instagram khas untuk anak perempuannya itu.

BACA: Fatima Genap 6 Bulan, Fazura Teruja Suapkan Anak Makan

“Kami memang tak terfikir nak terlalu dedahkan anak kami di media sosial. Ditambah lagi, dia bukan ‘content’ untuk kami menarik perhatian pengikut dan mengejar ‘likes’ orang ramai.

“Memang tak dinafikan, ramai orang yang minta untuk saya dan Fattah buat video Fatima, tapi kami biasanya akan kongsikan video yang dirasa bagus dan sesuai saja di Instagram keluarga, @fattzuralovelife.

“Setakat ini, Fatima tidak ada akaun Instagram peribadi kerana kami rasakan tidak perlu. Namun, sehingga bila biar masa menentukan. Apa yang saya dan suami kongsikan di fattzuralovelife pun sekadar yang kami fikir bagus dan perlu saja,” katanya.

Pertama kali membawa anaknya ke pusat beli belah untuk menjayakan iklan di pusat beli-belah Suria KLCC semalam, Fazura berkata anaknya sangat teruja dan tidak meragam.

“Ketika situasi pandemik Covid-19 ini, saya memang paranoid nak bawa Fatima keluar bersiar-siar. Jadi, banyak masa kami di rumah saja.

“Apapun, hari ini Fatima nampaknya sangat teruja dibawa keluar dan dia tidak meragam langsung. Dia gembira dan selama enam bulan ini pun sangat senang untuk menguruskannya.

“Kehadiran Fatima melengkapkan keluarga saya dan Fattah. Kami sangat bahagia, tapi masa bergerak agak pantas dan sekejap saja, Fatima sudah berusia enam bulan,” katanya.