Perkongsian pelakon sensasi, Fathia Latiff menjadi perhatian apabila memuat naik gambar didukung oleh bekas kekasihnya, aktor Aiman Hakim Ridza ketika zaman mereka bercinta sebelum ini.
Malah, menerusi gambar itu wajah Fathia turut disunting dan dilihat berbeza daripada wajahnya yang asli.
BACA: “Saya Takkan Saman Fathia Latiff” – Heliza Helmi
Fathia turut menulis kapsyen ringkas, ‘Akan berhenti selepas awak (Aiman) meminta maaf kepada saya di khalayak ramai.‘ (will stop after you apologies to me in public).
Diruangan komen, rata-rata netizen meminta Fathia melupakan percintaannya dengan Aiman serta move on. Malah, ada yang mempersoalkan mengapa Aiman perlu meminta maaf.
Terdahulu, Fathia memuat naik gambar bersama bekas kekasihnya itu serta kapsyen ringkas mengatakan Aiman masih cinta akan dirinya.