fbpx

Fathia Latiff Syukur Dapat Peluang Berlakon Semula

Kembali berhijab semula sebelum Ramadan lalu, keputusan Fathia Latiff mendapat reaksi positif dan disambut baik oleh ramai pihak. Malah, Fathia turut meluahkan rasa syukur apabila diberi peluang untuk berlakon semula.

Hampir dua tahun tidak memasuki set penggambaran, Fathia berkata dia tidak berasa kekok untuk bekerjasama dengan kru produksi dan barisan pelakon drama Dayang Senandung.

BACA: Fathia Latiff Dedah Kekasih Curang Punca Buka Tudung

“Alhamdulillah selepas hampir dua tahun saya diberikan peluang dan rezeki untuk berlakon semula. Walaupun dah lama tak masuk set penggambaran tapi perasan kekok tak ada.

“Mungkin sebab saya dah kenal semua kru produksi dan barisan pelakon pun sangat best. Saya nak perbaiki lakonan supaya jadi lebih baik,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Fathia enggan memikirkan tanggapan buruk netizen memandangkan ramai lagi peminat yang masih menghargai dirinya. Ujarnya, apa yang terjadi sebelum ini hanya kisah silam dan mahu meneruskan kehidupan di masa hadapan.

“Saya memang bersyukur dengan penerimaan yang sangat baik daripada peminat. Bagi saya mungkin hanya 20 peratus sahaja orang yang tak menyukai saya. Jadi buat apa fokus perkara yang negatif,” katanya.

Kata Fathia lagi, dia kini juga lebih fokus kepada pernigaan menjual tudung dan mahu meneruskan legasi keluarga yang sudah lama dalam dunia perniagaan.