fbpx

Fathia Latiff Kini Sudah Mula Berhijab Penuh

Sebelum ini, Fathia Latif pernah menyuarakan hasaratnya untuk bertudung dan melalui Harian Metro, pelakon jelita jelita ini menjelaskan bahawa dia sudah bersedia untuk berhijab penuh.

BACA: Media Indonesia: Baim Wong Nikah Fathia Latiff Tahun Depan

“Sebelum ini banyak kekurangan pada diri saya sehingga menyebabkan saya lupa dan alpa. Syukur kerana Allah tetap memberikan hidayah-Nya kepada saya. Begitupun walaupun saya sudah berhijab jangan anggap saya sudah bagus kerana banyak perkara yang perlu saya pelajari dan dalami,” katanya.

Kata Fathia, dia menyedari bahawa menutup aurat bagi wanita adalah wajib dan tidak ada sebab mengapa dia tidak melaksanakan perkara yang seharusnya dilakukan oleh seorang muslimah.

Tambahnya, dia sudah mula belajar berhijab setelah pulang dari New York, Amerika Syarikat bagi menjalani pengambaran drama bersiri. Keputusan untuk berhijab sepenuhnya pula dibuat beberapa hari lalu malah Fathia juga mengharapkan doa dari peminat agar keputusan yang diambilnya itu membawa kebaikan kepada semua. (rtky/s)