Baru sahaja mengumumkan tidak mahu lagi bertudung kerana enggan berpura-pura, Fathia Latiff sekali lagi menimbulkan tanda tanya apabila pelakon itu memuat naik gambar dirinya kembali memakai hijab.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
BACA: “Selama Ini Saya Bertudung Bukan Kerana Allah”
Menerusi Instastory, Fathia telah memuat naik sekeping gambar memaparkan dirinya berhijab seperti dulu kala. Bagaimanapun Fathia yang dihubungi media enggan memberikan komen mengenai penampilannya itu.
“Salam… Saya tiada komen mengenai perkara itu,” jawabnya dengan ringkas mengenai penampilannya yang kembali memakai tudung di laman sosial.
Pun begitu dimaklumkan kini Fathia sedang berada di Kota Bharu, Kelantan kerana terbabit dengan festival jualan raya bersama beberapa artis lain. Mungkinkah Fathia bertudung hanya kerana berada di Kelantan?
Terdahulu Fathia memberitahu bahawa dirinya mengalami depresi kerana berpura-pura menjadi diri orang lain dengan berhijab. Keputusan itu turut menampilkan dirinya berambut pendek. (rtky/w)