fbpx

Fathia Latiff Dedah Bakal Kahwin Tahun Depan

Pelakon sensasi Fathia Latiff mendedahkan dia bakal mendirikan rumah tangga awal tahun hadapan dengan jejaka pilihannya.

Memetik Hlive, Fathia berkata dia sudah pun membawa jejaka tersebut berjumpa dengan kedua ibu bapanya.

BACA: Mengaku Suntik Botox, Fathia Latiff Buat Muka Untuk Lebih Cantik

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)

“Saya akan kahwin. Alhamdulillah. Nantikanlah, InsyaAllah awal tahun hadapan. Saya pun dah bawa dia jumpa ibu bapa,” katanya.

Sementara itu, Fathia berkata kekasihnya itu juga berbeza dengan lelaki lain yang pernah mendekatinya.

Dalam pada itu, Fathia berkata sebelum ini dia mengalami tekanan kerana komen-komen netizen namun kini dia tidak lagi ambil peduli dengan kata-kata dilemparkan terhadpa dirinya.

“Fathia rasa dulu memang Fathia seorang ‘party girl’. Fathia major depression sebab komen-komen orang. Tapi buat masa sekarang ni. Fathia dah cukup kuat untuk hadapi perkara ini sebab Fathia rasa benda tu negatif, jadi Fathia dah tak layan perkara itu,” katanya.