fbpx

Mengaku Suntik Botox, Fathia Latiff Buat Muka Untuk Lebih Cantik

Pelakon Fathia Latiff mengaku membuat pelbagai rawatan untuk mencantikkan wajahnya kerana tidak yakin dengan wajahnya yang terlalu cengkung sebelum ini.

Memetik Harian Metro, Fathia berkata selepas suntikan botox di muka dan mata serta menambah ‘filler’ di bibir, dia semakin yakin dengan kecantikan wajahnya.

BACA: Fathia Latiff Tak Kisah Hidup Membujang

“Sebelum ini saya kurang keyakinan diri kerana wajah saya kelihatan cengkung. Saya tidak faham kenapa orang kata saya cantik dulu.

“Saya ada buat ‘filler’ dan suntikan botox. Dulu masa saya muda, muka tegang lagi, tapi semakin meningkat usia saya perlu membuat sesuatu pada wajah,” katanya.

Sementara itu, Fathia berkata membuat rawatan wajah adalah perkara normal dikalangan wanita dan tidak kisah dengan apa yang diperkatakan orang ramai terhadap dirinya.

“Pada zaman sekarang semua itu (rawatan wajah) normal. Saya tidak kisah apa orang cakap. Yang saya kisah adalah teguran daripada mak saya.

“Bila mak saya nasihat baru saya akan dengar. Mak dah suruh berhenti, tapi saya pujuk juga,” ujarnya.

Dalam pada itu, Fathia berkata semuanya adalah tajaan daripada pusat rawatan kecantikan dan dia kini dalam proses menurunkan berat badan.

“Sekarang ini saya kena kurus. Ada yang nak ‘sponsor’ pembedahan bariatrik, tapi saya masih fikir lagi.

“Dalam masa sama saya sedang mendapatkan ubat kurus selain mahu kembali aktif bersenam,” katanya.

SUMBER: Harian Metro