fbpx

Fathia Latiff Akui Sedang Usaha Berhenti Merokok

Gara-gara aksinya yang terbuka merokok dalam siaran langsung di Instagram, Fathia Latiff kini tidak malu untuk mengakui dirinya seorang perokok. Jelasnya, keluarganya juga sering menasihatinya supanya berhenti.

BACA: “Penat Hidup Dalam Penipuan, Mahu Tinggalkan Dunia Seni”

“Saya tidak malu mengakui, saya seorang perokok. Keluarga juga tahu saya merokok, malah sering menasihatkan saya supaya membuang tabiat buruk itu. Buat masa ini, saya masih belum mampu meninggalkan tabiat itu sepenuhnya”

“Tetapi sedang berusaha mengurangkannya. Biarlah saya berhenti secara perlahan-lahan. Sebelum ini, apabila saya cuba berselindung, saya menjadi semakin memberontak. Saya tidak kisah jika ada yang anggap saya bukan gadis baik,” jelasnya kepada portal Oh Bulan.

Menurut Fathia, gelaran selebriti pada dirinya membuatkan beliau rasa terbeban kerana terpaksa memaparkan sikap yang baik setiap masa hingga merasakan dirinya hipokrit kerana berpura-pura.

Selepas satu kontroversi ke kontroversi lain, Fathia sekarang sudah tidak hiraukan pandangan netizen terhadapnya. Biarpun ada yang menganggap dirinya bukan gadis yang baik, namun Fathia masih mencuba untuk berhenti merokok. (rtky/w)