“Penat Hidup Dalam Penipuan, Mahu Tinggalkan Dunia Seni”
Gelaran selebriti mungkin nampak gah dan istimewa di mata mereka yang menginginkan kehidupan glamor namun realitinya hanya empunya diri yang mengetahui. Begitulah yang terjadi kepada Fathia Latiff dek kerana asyik terpalit kontroversi sekaligus menjadi bahan cacian masyarakat.
BACA: Selepas Bigo, Fathia Latiff Dikecam Kerana Merokok
“Saya terbeban membawa status selebriti, malah nama Fathia Latiff itu seperti menyekat kehendak dan kemahuan diri. Saya tahu, orang luar mahu saya berubah menjadi baik, tetapi mereka lupa saya juga manusia biasa”
“Saya pernah cuba berubah, tetapi perasaan saya tidak tenteram apabila terpaksa bersikap hipokrit. Saya tidak mampu hidup berpura-pura. Penat rasanya hidup dalam penipuan. Hari ini, saya tidak mahu mempedulikan lagi cemuhan netizen. Selama mana mereka mahu mengutuk dan mencaci saya, silakan!,” kongsinya kepada Berita Harian Online.
Menjelaskan bahawa keluarganya mengetahui dia merokok, Fathia dalam masa yang sama turut menyatakan kesanggupannya untuk membuang status selebriti yang ada pada dirinya.
“Terimalah saya seadanya. Saya sanggup membuang gelaran selebriti dan meninggalkan dunia seni sekiranya ia membebankan jiwa. Saya tidak minta menjadi popular, cuma rezeki memihak kepada saya,” katanya.
Jujurnya, mana mungkin mampu tutup mulut semua orang namun dalam masa yang sama, fokus saja pada perkara yang memberi manfaat untuk masa hadapan. (rtky/s)
- SUMBER
- bh online
kalau aku jutawan …nak aje ambil fathia jadi bini aku
nak berhenti ya alhamdulilah…… boleh jual kopek lagi……. mahal tu dari berlakun
berhenti je lah sbb kau mmg dah tak laku lagi dah. kesian kau trying so hard
Mengada karo ni, ko keje laa mcm org biasa dgn income biasa, dgn serabut sehari2, ko x layak jd selebriti kalo x tahan kena kecam..
fathia darling, cuba duduk bermuhasabah diri and dekatkan diri pada Allah swt dulu baru buat keputusan untuk hidup awk..awk berbakat..cantik..im sure..masih ada ruang dan peluang untuk awk dlm dunia seni ni,insyallah..mintak petunjuk Allah..at the same time buat kerja2 amal..biarpun awk merokok..its okay..just buat untuk bersihkan hati awk..sy ckp utk diri sendiri ni..bila dah hati bersih..then awk akan tenang dan mungkin boleh berfikir lebih jauh utk masa depan awk..
*justsharing*fan*