fbpx

Fathia Latiff Mahu Istiqamah Dekati Agama

Tahun lalu mungkin merupakan tahun malang bagi Fathia Latiff setelah dihambat pelbagai kontroversi mengaitkan dirinya. Lari membawa diri ke Los Angeles, Fathia kembali dengan azam baru mahu istiqamah mendekati agama.

BACA: Ditawarkan Berlakon, Netizen Pesan Jangan Buat Hal

“Saya bukan cuba nak jadi alim. Dekatkan diri dengan agama maksud saya untuk lebih memahami agama, korek lagi mengenai agama dan kehidupan. Dulu saya selalu sibuk dengan lakonan dan bila berhijrah pun saya belum pergi cukup dalam lagi untuk memahami agama.

“Jadi sekarang masanya. Saya harap terus istiqamah dengan apa yang saya lakukan,” jelasnya sambil memberitahu hubungannya dengan keluarga juga semakin rapat sekarang apabila beliau cuba memperbaiki diri menjadi lebih baik.

Mengakui pernah berputus asa dengan apa yang berlaku, sehingga lama tidak muncul di kaca televisyen kerana tiada tawaran berlakon. Namun Fathia bangkit semula dan teruja apabila ditawarkan kerja baru-baru ini dari penerbit terkenal.

Pun begitu, peminat berpesan agar wanita itu menghargai peluang kedua yang diberikan. Dalam kata lain, jangan buat hal. Semoga Fathia istiqamah dalam perubahan dan dapat membuktikan dirinya tidak cakap kosong. (rtky/w)