fbpx

Fathia Latiff Ajak Zahirah MacWilson Berduet Pula

Selepas memuat naik perkongsian seolah memerli Zahirah MacWilson sebelum ini, terbaru pelakon sensasi Fathia Latiff mahu berduet dengan aktress itu pula.

Menerusi perkongsian di Insta Story, nampaknya Fathia masih belum berhenti untuk mendapatkan perhatian Zahirah.

BACA: Kongsi Gambar Berkemban, Netizen Risau Tengok Fathia Latiff

Fathia berkata dia mahu berduet dengan Zahirah serta memuji gusi isteri kepada Aiman Hakim Ridza.

“Ya Tuhanku girl, saya nak berduet dengan kamu. Oh ya, saya suka tengok gusi kamu,” tulisnya.

Terdahulu, Fathia berkata dia tiada niat untuk menganggu rumah tangga Aiman dan Zahirah MacWilson sebaliknya dendam tidak pernah surut serta mendakwa aktor itu mempermainkan perasaannya.

Dalam pada itu, Fathia berkata Aiman yang menjadi punca dia berdepan depresi dan kesihatan mental. Katanya lagi, dia tidak akan puas hati selagi Aiman tidak memohon maaf.