fbpx

Fathia Bertemu Kekasih di Indonesia?

Pelakon yang semakin meningkat naik, Fathia Latiff dikatakan telah pergi ke Indonesia untuk bertemu dengan keith Foo.

Keakraban mereka berdua jelas kelihatan setelah masing-masing digandingkan bersama menerusi drama “Dalam Setiap Sujud”.

Tidak pasti adakah benar gosip yang mendakwa mereka berdua kini sedang bercinta, Keith Foo menjawab pertanyaan mengenai status sebenar hubungan mereka.

“Kami rapat seperti kawan baik, tidak lebih daripada itu Saya balik ke Malaysia selepas hampir 10 tahun menetap di Indonesia adalah langkah baru bagi saya di dalam mengukuhkan karier seni di sini. Mungkin untuk bercinta saya perlukan lebih masa untuk fikir”

Apabila ditanya mengenai Fathia datang ke Indonesia menemuinya, Keith memberitahu bahawa

Fathia mungkin datang ke sana untuk penggambaran di Jakarta bersama kru produksi yang lain, bukan hanya fathia seorang.

Sebelum ini, Keith Foo pernah bercinta dengan pelakon Indonesia, Tyas Mirasih namun sekarang Keith Foo memberitahu mereka berdua hanya kawan baik.

Namun begitu Keith Foo memberitahu bahawa dirinya kini Single but not available.