fbpx

Fatboy Slim Live In Malaysia, 14 Julai 2012

Sebelum kita ada Skrillex, David Guetta dan ribuan barisan DJ yang aneh aneh belaka, kita ada Fatboy Slim yang mungkin ada remaja sekarang tidak kenal.

Fatboy Slim atau nama sebenar Norman Cook merupakan antara peneraju awal musik big beat sekitar tahun 1990’an dan masih kekal dalam industri untuk lebih 25 tahun.

Future Sound Asia yang membawa masuk Tiesto, Paul Van Dyk & MGMT ke Malaysia baru baru ini mengesahkan yang Fatboy Slim akan mengadakan konsert solo di’sini.

Konsert sulung Fatboy Slim di Malaysia ini akan berlangsung pada 14 Julai 2012 dan mengambil tempat di KL Live, Kuala Lumpur dan tiket bermula pada RM68.

Future Sound Asia presents Fatboy Slim
Tarikh: 14 Julai 2012 (Sabtu)
Masa: 8.00 malam
Lokasi: KL Live, Life Center Jalan Sultan Ismail
Harga Tiket: RM68 (pembelian awal), RM88 (harga sebenar)
Berminat?AirAsiaRedTix
Maklumat Lanjutwww.fb.com/officialfuturesoundasiawww.futuresoundasia.com