Ramai yang gembira melihat hubungan baik pelakon Fasha Sandha dan Nora Danish, malah kedua mereka juga dilihat bergambar bersama anak-anak.
Memetik HibGlam, Fasha berkata hanya mengekalkan keharmonian bersama Nora apatah lagi anak-anak mereka tetap adik beradik.
BACA: Dah Bertudung? Fasha Sandha Takut Nak Komen
Malah dia terharu apabila anaknya memberitahu anak Nora iaitu Putra Rayqal masih menganggap dirinya sebagai ibu tiri meskipun tiada lagi ikatan dengan bapa mereka, Jejai.
“Nora merupakan ibu kepada Rayqal yang merupakan abang sulung kepada anak-anak saya iaitu Rayfal dan Jemyma. Seronok bila masing-masing teruskan kehidupan yang lebih harmoni.
“Saya sangat tersentuh dan terharu apabila anak saya beritahu yang Rayqal masih menganggap saya sebagai ibu tirinya biarpun saya sudah tiada ikatan lagi dengan Rizal. Kata Rayqal kepada Rayfal dan Jemyma, your mother will always be my step mother forever, katanya.
Sementara itu, Fasha berkata sebagai dia mahu anak-anaknya rapat dengan Rayqal biarpun berlainan ibu dan saling sayang menyayangi.
“Saya bersyukur kerana hubungan kekeluargaan ini masih berterusan biarpun saya sudah berkahwin lain. Tetapi hubungan anak-anak memang kita tak boleh putuskan kerana darah yang mengalir dalam tubuh mereka adalah darah yang sama.
“Anak-anak pun nak lihat kami semua hidup harmoni. Penting untuk kesihatan mental mereka hidup dalam suasana yang harmoni agar mereka rasa lebih dihargai dan mendapat kasih sayang yang secukupnya,” katanya.
SUMBER: HibGlam