fbpx

Dah Bertudung? Fasha Sandha Takut Nak Komen

Sejak tahun baru, perkongsian pelakon Fasha Sandha di media sosial miliknya menjadi perhatian ramai apabila dilihat tampil dengan imej berhijab.

Malah, ketika menghadiri majlis Anugerah Nona Superwoman 2024 semalam, Fasha dilihat mengenakan hijab berwarna hitam sedondon dengan busana yang digayakannya.

BACA: Fasha Sandha Syukur Berat Badan Kini 50Kg, Boleh Sarung Baju Anak Umur 9 Tahun 

Memetik HibGlam, Fasha berkata dia takut untuk memberikan komen mengenai imej tersebut serta merasakan dirinya belum cukup sempurna untuk bercakap hal agama.

“Saya takut sebenarnya nak komen. Saya rasa saya tidak layak untuk bercakap tentang hal-hal keagamaan kerana belum cukup sempurna.

“Banyak lagi kelemahan saya yang harus diperbaiki daripada saya bercakap tentang kebaikan diri. Saya mohon diberikan ruang dan doakan yang baik-baik untuk saya dan keluarga,” katanya.

Sementara itu, suami Fasha iaitu Aidil Aziz berkata dia sentiasa menyokong apa yang dilakukan isterinya serta mendoakan yang terbaik.

“Sebagai seorang suami sudah tentu saya mahukan yang terbaik untuk isteri saya. Jadi saya sentiasa doakan yang terbaik untuk Fasha,” katanya.

SUMBER: HibGlam