fbpx

Fasha Sandha Terbuka Jika Babak Ranjang Tular

Pelakon Fasha Sandha berkata dia terbuka seandainya babak ranjang  dalam drama bersiri Rampas Cintaku musim kedua lakonannya tular serta mendapat reaksi negatif daripada netizen.

Rumah Terbuka Kardinal ‘IllumiRaya’ Membawa Transformasi Untuk Komuniti Kreatif Lokal!

Bila sebut Kardinal mesti korang ingat mengenai rokok alternative kan? Kardinal kini ingin menjadi salah satu brand yang menawarkan penyelesaian untuk membantu perokok tegar berhenti merokok. Bertempat di Boathouse By The Lake, Ampang Jaya pada...

Baca Lagi

MemetIk BH Online, Fasha berkata dia hanya mengikut skrip dan menyerahkan kepada penonton untuk membuat penilaian serta yakin dengan sikap rasional mereka.

BACA: Nak Anak Lelaki, Fasha Sandha Rancang Buat IVF

“Bagi saya, sekarang semuanya kuasa viral dan jika babak itu menjadi kegemaran, kita tidak boleh nak halang sebab mungkin lebih membuatkan mereka tertarik.

“Sebagai pelakon, saya hanya menjalankan tugas mengikut skrip ditetapkan. Lagipun, saya percaya cerita ini ada banyak moral dan pengajaran yang boleh diambil.

“Saya serahkan pada penonton sama ada nak pilih positif atau negatif. Tapi, kalau mereka tak boleh terima, terserah kepada masing-masing. Ini kerana mereka mempunyai hak untuk menilai mesej yang ingin disampaikan dalam drama ini,” katanya.

Sementara itu, Fasha berkata dia tidak kisah jika babak berkenaan sengaja ditularkan jika ianya membantu untuk meraih jumlah tontonan.

“Jika babak tular menjadi sebahagian promosi drama, sekali gus membuatkan impian meraih jumlah tontonan sebanyak 400 juta seperti yang diharapkan tercapai, itu terpulang pada mereka. Paling penting, saya nak drama ini hit dan menjadi fenomena sekali lagi,” katanya.

Selain Fasha, drama tersebut turut dibintai oleh pelakon hebat lain seperti Erra Fazira, Zamarul Hisham, Keith Foo, Afieq Shazwan, Puteri Balqis dan ramai lagi.