fbpx

Nak Anak Lelaki, Fasha Sandha Rancang Buat IVF

Pelakon Fasha Sandha merancang untuk menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) bagi mendapatkan cahaya mata lelaki pada tahun hadapan.

Rumah Terbuka Kardinal ‘IllumiRaya’ Membawa Transformasi Untuk Komuniti Kreatif Lokal!

Bila sebut Kardinal mesti korang ingat mengenai rokok alternative kan? Kardinal kini ingin menjadi salah satu brand yang menawarkan penyelesaian untuk membantu perokok tegar berhenti merokok. Bertempat di Boathouse By The Lake, Ampang Jaya pada...

Baca Lagi

Memetik Kosmo, Fasha berkata keputusan itu dibuat bersama suaminya, pelakon Aidil Aziz kerana mahu mendapatkan anak lelaki.

BACA: Babak Dukung, Duduk Atas Paha, Fasha Sandha & Wan Raja Dikecam

“Memang kami merancang begitulah kerana mahu terus pilih jantina. Namun, belum tahun lagi kerana itu semua kerja Allah kami hanya merancang,” katanya.

Menurut Fasha, dia akan berjumpa dengan doktor pada tahun hadapan untuk mengetahui lebih lanjut serta nasihat berhubung rawatan IVF.

“Saya tidak tahu apa yang berlaku sebab belum berjumpa dengan doktor lagi. Selepas selesai penggambaran drama Malang Si Puteri pada Februari tahun depan barulah saya akan berjumpa doktor.

“Saya akan pastikan semua komitmen lakonan selesai barulah saya boleh fokus untuk menambah anak,” katanya.

Dalam pada itu, Fasha berkata dia bersedia untuk memperlahankan kerjaya lakonan buat sementara waktu demi mendapatkan cahaya mata lelaki.

“Jika buat IVF memang perlu perlahankan kerjaya lakonan kerana berlakon agak memenatkan terutama pada trimester pertama lagi perlu berjaga-jaga.

“Kami memang inginkan anak lagi, itu adalah salah satu impian untuk tahun 2024, tetapi semuanya atas kuasa Allah,” kata Aidil.

Fasha dan Aidil mendirikan rumah tangga pada Mac 2019. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aisha Amaira.

Fasha mempunyai dua cahaya mata Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemaima hasil perkahwinan terdahulu dengan Jejai.