fbpx

Pelakon Fasha Sandha berkata dia tidak pernah tergores hati dengan kecaman dilemparkan oleh netizen susulan penampilannya yang dikatakan seksi.

Mantap! Kali Ini Siri HONOR 200: Flagship Estetik AI Lengkap Dengan Versi Pro Spesifikasi Flagship Lagi

Baru-baru ini Siri HONOR 200 telah dilancarkan secara rasmi, dan ini adalah kali pertama HONOR memperkenalkan versi Pro dalam siri N ke Malaysia. Jangan tak tahu, Siri HONOR 200 hadir dengan sistem tri-kamera 50MP standard, mod...

Baca Lagi

Memetik mStar Online, Fasha berkata komen negatif oleh netizen itu tidak memberikan kesan kepada dirinya.

BACA: Nora Danish, Fasha Sandha Dah Lama Berbaik

“Saya biar saja, tidak kisah pun sebab benda (komen) itu tidak beri kesan pun dengan hidup saya. Saya belum rasa rimas lagi dengan netizen atau pengikut dan sebagainya sebab bagi saya benda itu membantu saya untuk menjadi saya manusia yang lebih baik.

“Ada juga teguran mereka itu yang saya ambil. Macam teguran yang positif sebab saya memang tidak sempurna, saya banyak kelemahan yang perlu diperbaiki,” katanya.

Dalam pada itu, Fasha mengakui belum sempurna menutup aurat dan lebih memilih untuk melakukan apa yang disukainya daripada menuruti permintaan orang lain.

“Saya akan tetap lakukan apa perkara yang saya nak buat sebab hidup kita tak boleh berlandaskan apa yang orang lain suka. Kita kena buat apa yang kita suka.

“Kalau kita ikut apa yang orang lain suka, kita tak akan gembira contohnya kita nak berhijab untuk ikut trend, atau tunjuk baik, perlakuan pujian orang, pada saya benda itu tidak akan kekal,” katanya.