fbpx

Fasha Sandha Selamat Lahirkan Bayi Perempuan

Tahniah diucapkan buat pelakon Fasha Sandha yang telah selamat melahirkan bayi perempuan hari ini pada hari Jumaat bersamaan dengan 7 Ogos 2020.

Perkhabaran gembira itu dikongsikan oleh suaminya, pelakon Aidil Aziz menerusi Instagram miliknya sebentar tadi. Menerusi perkongsian itu, Aidil meluahkan rasa syukur bayi mereka dan Fasha dalam keadaan sihat.

BACA: Anak Minta Fasha Sandha Berhenti Berlakon

Aidil turut menitipkan ucapan terima kasih buat isterinya yang bertarung nyawa melahirkan anak mareka. Malah, Aidil berkata dia mengambil cuti sebulan untuk menjaga isterinya berpantang. Dalam entri itu, Aidil berkongsikan sebahagian wajah anak perempuannya yang dipanggil ‘Baby A’.

Dalam pada itu, Aidil turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada mereka yang tidak putus mendoakan buat kesejahteraan isteri dan anaknya serta berharap Allah dapat membalas dengan kebaikan kepada semua.

Fasha berkahwin dengan Aidil pada 30 Mac tahun lalu dan kehamilan ini adalah bayi pertama mereka selepas keguguran sebanyak dua kali.