fbpx

Anak Minta Fasha Sandha Berhenti Berlakon

Sebagai selebriti, setiap kali kemana-mana pasti akan menjadi perhatian ramai. Dek kerana kasihan melihat ibunya melayan peminat yang ingin bergambar, Fasha Sandha berkata anak sulungnya meminta dia berhenti berlakon.

Menerusi Instagram, Fasha berkongsikan video anak lelakinya, Putra Rayfal meluahkan rasa kurang selesa apabila ibunya yang sedang sarat hamil terpaksa berdiri berulang kali kerana mahu bergambar dengan peminat.

BACA: Fasha Sandha Bakal Timang Anak Perempuan

https://www.instagram.com/p/CDNb9pzlY2g/?utm_source=ig_embed

Dalam video tersebut, Rayfal meminta ibunya berhenti berlakon dan tidak mahu lagi menjadi orang terkenal. Fasha berkata sudah lama rupanya anaknya itu menyimpan perasaan tersebut.

“Kisah beberapa hari lalu, sebenarnya keluarkan handphone untuk nak ambik gambar food. Tiba ada beberapa orang datang kemeja untuk ambik gambar dengan ibu, lepas dah ambik gambar.

“Tiba-tiba anak sulung ibu ni luah perasaan dia, suruh kita stop acting sebab kesian ibu selalu kena berdiri untuk ambik gambar di meja makan. Rupanya dah lama dia dah simpan perasaan ni, baru nak luahkan,” tulisnya.

Bagaimanapun, Fasha memberitahu lakonan merupakan minatnya dan mengakui rindu untuk kembali ke set penggambaran sepanjang tempoh sembilan bulan kehamilan. Fasha turut sebak anaknya baru tujuh tahun tetapi ambil berat akan dirinya.

“Lakonan adalah saya sayang. Hampir 9 bulan berehat dari set pengambaran, adakalanya rindu nak masuk set balik sayang. Anak yang suruh berhenti berlakon. Camana ni?,” tulisnya.

Diruangan komen, rata-rata netizen memuji Rayfal kerana masih di usia kecil sudah menunjukkan sikap tanggungjawab menjaga ibunya. Netizen turut mengusik dengan mengatakan, mana boleh Fasha berhenti berlakon kerana ramai yang akan rindukan lakonan hebatnya nanti.