fbpx

Fasha Sandha Selalu Pesan Elisya Sandha Jangan Berlagak Diva

Tidak mahu nama baiknya terjejas, pelakon Fasha Sanda sentiasa menitipkan pesanan kepada adiknya, Elisya Sandha supaya menjaga disiplin di lokasi penggambaran.

Fasha turut berpesan sikap merendah diri dan sentiasa berkongsi rezeki dengan kru produksi perlu diambil berat agar disenangi ramai.

BACA: 16 Tahun Jadi Artis, Fasha Sandha Tak Pernah Lewat Ke Set Shooting

“Saya selalu ingatkan Elisya supaya jaga waktu. Jika dia terlambat, dia akan beri kesan kepada nama saya. Tapi Alhamdulillah, Elisya sangat mendengar kata.

“Saya selalu berpesan kepadanya jangan berlagak diva. Ada rezeki lebih belanja kru makn. Itu cara untuk disenangi ramai,” katanya.

Dikenali sebagai pelakon yang sentiasa menepati masa, Fasha berkata sepanjang 16 tahun berada dalam industri dia tidak pernah lewat.

“Alhamdulillah saya tidak pernah lewat sepanjang tempoh 16 tahun dalam kerjaya seni. Mungkin kerana saya bermula sebagai seorang model sejak usia 18 tahun.

“Ketika itu banyak call time bermula sekitar 4 atau 5 pagi. Orang sedap tidur kami sudah bertugas memulakan solekan dan sebagainya.

“Mungkin sudah terbiasa dan terbawa-bawa sampailah sekarang. Saya suka bermula awal pagi. Walaupun pulang lewat macam mana pun dan tak cukup tidur, saya tetap akan cuba bangun awal,” katanya.