16 Tahun Jadi Artis, Fasha Sandha Tak Pernah Lewat Ke Set Shooting
Tak sangka rupanya sudah 16 tahun Fasha Sandha bergelar anak seni dan pelakon itu kini berada dalam kelas tersendiri sebagai artis gred A dalam kalangan peminat.
Disiplinnya yang tinggi dalam menguruskan masa antara sebab Fasha masih lagi bertahan. Malah, Fasha berkata dia tidak pernah lewat ke set penggambaran sepanjang 16 tahun.
BACA: Fasha Sandha, Suami Tak Gemar Tayang Kebahagiaan Berlebihan Di Media Sosial
“Alhamdulillah, saya tidak pernah lewat walaupun sekali sepanjang 16 tahun berkarier. Mungkin kerana saya bermula sebagai seorang model. Ketika itu, kebanyakan kerja bermula sekitar 4, 5 pagi. Orang sedap tidur kami sudah mula betugas.
“Jadi, mungkin sudah terbiasa dan terbawa-bawa sampailah sekarang. Saya suka bermula awal pagi. Walaupun saya pulang lewat macam mana pun, saya tetap akan bangun awal,” katanya.
Dalam pada itu, Fasha juga mahukan pelakon Elisya Sandha turut menjaga disiplin serta sentiasa menasihati adiknya itu supaya tidak berlagak diva.
“Saya selalu nasihatkan adik saya supaya sentiasa menjaga disiplin sebab kalau apa-apa berlaku, nama saya juga yang akan terjejas.
“Saya juga tegaskan kepada Elisya supaya tidak berlagak diva di set penggambaran dan sentiasa baik dengan kru. Kalau ada rezeki lebih, belanjalah mereka makan. Hal ini bukan sahaja memudahkan kerja, malah ia merupakan resipi untuk disenangi orang sekeliling,” katanya.
- SUMBER
- Astro Gempak
serius nk tahu, knp kerja modelling kene start awal pagi? pukul 4am time org tgh tidur? kalau start pukul 8am mcm org keje kerajaan tak boleh eh? maaf soalan bodoh, betul2 nk tahu
Ye la aku pun nk tau ape model buat kol 4,5 pg..blh sesiapa jelaskan x? Model iklan ke model.catwalk ke xkan le start kol 4 pg kan?
Nk buat apa pun dlm hidup ni basic nya adalah displin. Kalau nk jadi sorg yg professional x kira bidang apa pun mmg itulah kunci kejayaan.
Keje model kna mula awl sbb cth kalau shooting atau event mula pkl 9pg, diaorg kena dtg sgt2 awal utk mekap,utk final fitting,final catwalk rehearsal dsb…model yg dtg ramai,jd nk mekap tu kena tnggu giliran….bila dh mekap dh semua rehearsal tu boleh dduk breakfast ke apa semua smbil2 tnggu event mula..rehearsal pun kena buat smula last minit walaupun dh buat sbb runwalk semasa event sebenar kdg2 tak sama dgn sebelum itu….lagipun senang kalau ada wardrobe malfunctions ke apa senang terus jahit atau alter baju terus ke bdn model…bygkan kalau model dtg lmbt,semua tu kena rushing buat…mmg kecoh2 la backstage…
Senang cerita mcm kita tgk program Project Runway tu
Nak tmbh sikit….kalau yg model iklan pun kena mula awal sbb nak shooting iklan tu mkn masa yg lama…nak cuba baju,lighting,angle, rambut,mekap…pendek kata semua la…event storyboard dh dibincang sebelum itu tp bila diterjemahkan kpd iklan/shooting dia xkan sama…bnyk kena berubah..selagi x puas hati mmg kena reshoot…so bygkan kalau mula lambat pkl 11,nak kena buat ulang2 makan masa,sampai ke mlm la…ada je yg mula lambat tp tu pun sbb pihak produksi atau model ada komitmen lain sebelum tu…jd senang kalau mula awal ni sebenarnya….awal mula,awal boleh hbs Dan balik rehat
Klau fasha ni bab disiplin dia mmg tiptop masa kerja. Dia mmg on time. Pnh sblm ni ada artis sape tah yg dtg lmbt. mngamuk dia..hahahhaha dia pnh ckp dia sndri wlpn dh lama jd plkon, tp pnh dtg lmbt nk bt smua org tggu.
jangan bangga sangat. yang baik-baik semuanya dari Allah. Allah yang pilih dan izinkan ianya berlaku. ucaplah Alhamdulillah dan jangan rasa kita lebih baik daripada orang lain.
Baguih noh Fasha. Kehidupan Fasha tidak pernah diuji dengan peristiwa yang buat Fasha lambat. Sempurna. Syukur noh.