fbpx

Fasha Sandha Sedih Bakal Tinggalkan Gelaran Janda

Seperti yang diketahui, Fasha Sandha dan Aidil Aziz bakal melangsungkan pernikahan pada penghujung bulan Mac ini. Nampaknya, tinggal beberapa saja lagi sebelum menjelangnya hari penuh bermakna itu.

Hampir tiga tahun bergelar ibu tunggal, baru-baru ini menerusi Instagram, Fasha meluahkan rasa sedih apabila dia bakal meninggalkan statusnya sebagai seorang janda tidak lama lagi.

BACA: Gambar Pre Wedding Fasha Sandha, Aidil Aziz

Perkongsian Fasha itu mengundang pelbagai komen daripada netizen yang memberikan kata-kata semangat kepadanya dan mendoakan agar rumah tangga yang bakal dibina itu akan kekal bahagia sampai ke syurga.

Kata netizen lagi, Fasha sepatutnya rasa gembira kerana ditemukan dengan lelaki yang ikhlas menyanginya dan menerima dirinya serta anak-anaknya. Menurut mereka lagi, Fasha sememangnya layak untuk merasai kebahagiaan di dunia ini.

Fasha dan Aidil mengikat tali pertunangan pada 18 November tahun lalu. Majlis resepsi sebelah lelaki bakal diadakan di kampung halaman Aidil di Negeri Sembilan pada 6 April depan. Seramai 5,000 tetamu termasuk kaum keluarga, rakan-rakan serta wakil media di majlis resepsi itu nanti.