fbpx

Fasha Sandha Rindu Nak Tengok Wayang, Pergi Masjid

Umum mengetahui sejak 18 Mac lalu, kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan wabak COVID-19. Berikutan itu, banyak sektor penting ditutup termasuklah rumah-rumah ibadah.

Selepas berbulan lamanya ditutup, bermula semalam pawagam sudah pun mula dibuka kepada orang ramai namun perlu mengikut SOP yang telah ditetapkan. Menerusi Instagram, Fasha Sanda turut teruja apabila pawagam kini mula dibuka.

BACA: Alami Sakit Badan, Fasha Sandha Syukur Suami Urutkan Setiap Hari

Berkongsikan status terkini daripada GSC Cinema, Fasha berkata dia rindu untuk menonton wayang dan rasa rindu untuk pergi ke masjid seperti kebiasaannya. Fasha turut bertanyakan kepada pengikutnya, siapa yang rindu ke pawagam dan ke masjid sama sepertinya.

“Yeay hari ni dapat gambar ni. Rindu nak pergi pawagam. Siapa rindu nak tengok wayang, rindu nak pi masjid, macam kami?,” tulisnya.

Fasha turut berharap bulan Julai ini baik-baik sahaja dan dipermudahkan. Difahamkan, Fasha dijangkal bakal melahirkan cahaya mata pertama bersama suaminya, Aidil Aziz akhir Julai ini.

Baru-baru ini, Fasha berkongsikan dia berdepan masalah sakit anggota badan ekoran sarat mengandung. Menurut Fasha, dia mengalami bengkak di bahagian kaki dan masalah kesakitan saraf atau ‘Carpal Tunnel’ pada bahagian tangan.

Bagaimanapun, doktor memberitahu tidak perlu bimbang dengan keadaan tersebut kerana ia akan berakhir selepas bersalin.