Menantikan kehadiran cahaya mata bersama suaminya, Adil Aziz dijangkal bakal melahirkan akhir Julai ini, Fasha Sandha berkongsikan dia berdepan masalah sakit anggota badan ekoran sarat mengandung.
Menurut Fasha, dia mengalami bengkak di bahagian kaki dan masalah kesakitan saraf atau ‘Carpal Tunnel’ pada bahagian tangan. Bagaimanapun, doktor memberitahu tidak perlu bimbang dengan keadaan tersebut kerana ia akan berakhir selepas bersalin.
BACA: Dah Kali Ketiga, Fasha Sandha Tetap Gementar Nak Bersalin
https://www.instagram.com/p/CB9cQHDFnpy/?utm_source=ig_embed
“Kaki kiri saya bengkak teruk, tangan pula dua-dua belah kena Carpal Tunnel, doktor kata tak payah risau semua ni akan berakhir lepas bersalin,” katanya.
Fasha turut mengucapkan terima kasih kepada suaminya kerana selalu mengurutnya setiap hari untuk melegakan kesakitan yang dialami. Fasha juga sempat menitipkan ucapan manis buat Aidil bahawa dia tidak boleh hidup tanpa suaminya dan juga anak-anak.
“Suami tolong urut setiap hari, Alhamdulillah, terima kasih suamiku, saya tak boleh hidup tanpa awak dan anak-anak,” katanya.
Diruangan komen, rata-rata netizen berkongsi tips penjagaan kesihatan ketika hamil, malah pada masa yang sama tidak putus-putus mendoakan agar urusan untuk melahirkan anak nanti berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.