fbpx

Fasha Sandha Perjelas Status Sebenar Dengan Jejai

Bagi peminat Fasha Sandha dan Jejai, tiada apa yang lebih baik daripada dapat melihat sendiri bagaimana rumahtangga yang dibina oleh pasangan ini kembali bersatu malah hari ini kehadiran Fasha ke mahkamah turut menimbulkan tanda tanya.

BACA: Jejai, Fasha Sandha Bakal Rujuk Semula?

“Assalamualaikum, buat followers kesayangan. Saya mendapat beribu komen positif melalui semua laman sosial media saya hari ini berkenaan saya dan Rizal. Ingin saya nyatakan disini, saya dan Rizal tidak RUJUK”

“Kami berdamai dan mendapat penyelesaian secara baik terhadap kesemua kes-kes termasuk Hak penjagaan. Saya sebagai Ibu masih kekal menerima hak penjagaan sepenuhnya buat kedua anak-anak saya. Saya harap perkara ini jelas”

“Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih diatas doa yang baik-baik buat saya dan anak-anak,” jelas Fasha di Instagram selain turut berterima kepada peguamnya yang telah banyak membantunya.

Semoga hubungan Fasha dan Jejai selepas ini akan kekal bahagia tanpa sebarang tercetusnya perbalahan, tidak kisahlah sama ada ia sengaja dibangkitkan oleh pihak ketiga mahu pun pihak lain. Pastinya keputusan pasangan ini akan turut menjadi contoh buat pasangan di luar sana yang turut melalui perkara yang sama. (rtky/s)