fbpx

Jejai, Fasha Sandha Bakal Rujuk Semula?

Ingin diberitahu awal-awal berita ini masih belum ada kesahihannya, tetapi menerusi akaun Instagram bekas suami Fasha Sandha, Rizal Ramli atau dikenali sebagai Jejai, seakan memberi bayangan bahawa mereka bakal rujuk semula. Kenyataan itu sekaligus memberitahu bahawa Jejai dan Fasha sudah mempunyai kata sepakat demi anak-anak.

BACA: Fasha Sandha Bawa Kekasih Ke Majlis Resepsi

“Alhamdulillah, Tuhan telah memberikan petunjukserta hidayahNya kepada saya dan Fasha, jalan-jalan kebaikan diantara kami, dengan kami dapat mencapai penyelesaian demi untuk masa depan anak-anak dan saya sangat bersyukur dengan anugerah ini,” tulisnya di Instagram.

Rata-rata reaksi peminat mengenai kenyataan Jejai sangatlah baik, ramai yang gembira jika benar pasangan itu bakal bersatu semula. Kami juga tidak pasti mengenainya kerana mungkin juga mereka hanya mencari jalan penyelesaian bagi hak penjagaan anak mereka nanti supaya tiada isu perebutan di mahkamah mengenainya.

Kalau masih ingat, baru-baru ini ada gosip mengenai Fasha yang sedang mabuk cinta dengan seorang jejaka ‘sado’ berkepala botak yang tidak iketahui identitinya. Adakah mereka benar-benar bercinta atau sekadar wayang bagi mengaburi mata peminat tentang hubungan baiknya dengan Jejai?. (rtky/w)