fbpx

Rindukan kami? Ya kami tahu. Semalam bercuti sehari selepas sakan meracuni fikiran anda semua berminggu minggu lama’nya.

Aktress kesayangan anda semua, Fasha Sandha sekali lagi terpilih sebagai penghias muka hadapan majalah edisi hujung tahun dan kali ini bersama Cosmopolitan. Kami suka persalinan’nya.

Pelawak Hollywood, Robin Williams meniru gaya percakapan perisian iPhone 4S, Siri dalam slang bahasa Perancis di rancangan bual bicara Ellen. Kelakar. – Youtube

Dengarkan buat pertama kali lagu terbaru Nicki Minaj berjudul Roman in Moscow yang merupakan salah sebuah lagu dalam album terbaru akan datang Februari 2012. – Just Jared

Kanye West punya cita cita yang agak besar tahap’nya. Beliau inginkan pemimpin utama dunia untuk hadir di hari pengkebumian beliau setelah mati nanti. – The Superficial

Dua penyingkiran epik malam tadi terjadi menyaksikan kumpulan Bawel & 3G menamatkan perjuangan komedi mereka di pentas Maharaja Lawak Mega. Berita menarik, Adlin Aman Ramli masih dalam persaingan. – Murai