fbpx

Fasha Sandha Menangis Fazura Mahu Cerai

Pelakon Fasha Sandha tidak dapat menahan air mata apabila diminta mengulas mengenai ujian yang menimpa rumah tangga sahabatnya, aktres Nur Fazura yang kini retak.

Memetik Oh Bulan, Fasha yang sudah lama mengenai aktres itu berkata apa yang dilalui oleh Fazura dan Fattah Amin adalah dugaan buat mereka. Malah, dia dan suaminya, Aidil Aziz menangis apabila dapat tahu mengenai berita mereka.

BACA: Fasha Sandha Dipuji Basuh Baju Sendiri Dekat Dobi

“Saya dan Fazura kenal dah lama, kami kawan sejak usia saya 17 tahun, Fattah pula kawan dengan Aidil. Dua-dua rakan saya. Saya rapat dengan Fazura. Fazura adalah antara selebriti yang saya idolakan.

“Saya dan suami tidak pernah bersembang fasal rumah tangga artis lain. Tetapi apabila melibatkan Fattah dan Fazura, kami berdua sangat emosi sehingga menangis,” katanya.

Sementara itu, Fasha turut mengenang kembali jasa Fazura yang banyak membantunya ketika dia bergelar ibu tunggal sebelum ini.

“Saya menangis sebab ingat pengorbanan Fazura beri baju raya sampai 20 pasang pada saya. Air mata ini bukan drama, kalau boleh tak mahu nangis namun apa yang terjadi adalah dugaan untuk Fazura dan keluarga.

“Fazura sentiasa layan saya dengan baik. Saya kenang budi Fazura. Dia tidak pernah lupa memberikan saya baju raya sepanjang tiga tahun saya bergelar ibu tunggal,” katanya.

Dalam pada itu, Fasha turut menitipkan nasihat kepada orang luar agar tidak masuk campur urusan pasangan itu sebaliknya mendoakan yang terbaik kerana hanya mereka sahaja yang tahu kisah sebenar.

“Fattah dan Fazura datang dari keluarga yang baik. Kita sebagai orang luar tidak boleh menilai apa yang berlaku terhadap mereka, hanya Fattah dan Fazura yang tahu kisah sebenar.

“Tidak perlu juga buat kronologi sendiri, apa yang sepatutnya kita buat adalah mendoakan yang terbaik buat mereka. Jangan tambah yang bukan-bukan kerana itu boleh menambah kedukaan pada hati Fattah dan Fazura,” katanya.

SUMBER: Oh Bulan