Perkongsian pelakon Fasha Sandha menjadi perhatian ramai apabila memuat naik video memaparkan dia membasuh baju sendiri di dobi berhampiran rumah sambil dibantu anak perempuannya, Putri Raysha Jemyma.
Menerusi entri itu, Fasha berpendapat pembantu rumah tidak sepatutnya dilayan seperti hamba untuk menguruskan semua kerja rumah kerana mereka juga manusia sama seperti kita.
BACA: Fasha Sandha Dipuji ‘Humble’ Pakai Baju RM19
View this post on Instagram
“Anak dara ibu dah besar. 9 tahun tapi sifat dia tak macam 9 tahun. Alhamdulillah tolong ibu mendobi hasil baju 4 hari. Ya betul, selalunya after travel for work, terus pergi mendobi sendiri.
“Ya buat sendiri bukan bibik buat. Bik tolong bersih rumah, kita tolong mendobi. Bik tu bukan hamba untuk kita.
“Bibik adalah manusia yang dikurniakan oleh Allah, untuk meringankan beban kita. Alhamdulillah tahun keempat dah dengan helper saya. Moga kekal sampai saya bersara,” tulisnya.
Perkongsian Fasha itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji sikap timbang rasa pelakon itu terhadap pembantu rumahnya dan dapat dijadikan contoh buat majikan diluar sana.
Dalam pada itu, ada yang memuji sikap rendah diri Fasha yang turut melakukan kerja rumah dan tidak hanya bergantung kepada pembantu rumah sahaja.