Fasha Sandha Kongsi Tips Mudah Dapat Zuriat
Baru sahaja dua bulan mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya pelakon Aidil Aziz, semalam Fasha Sandha mengumumkan berita gembira bahawa dia kini berbadan dua dan mengesahkan kandungannya kini barusia tiga minggu.
Selepas mengumumkan perkhabaran gembira itu, Fasha memberitahu ramai yang bertanyakan padanya tip untuk mendapatkan zuriat. Fasha berkata, rezeki zuriat itu berkat berdoa kepada Allah dan percaya kepada keajaiban doa itu.
BACA: Kejutan Buat Aidil, Fasha Sandha Sahkan Hamil Tiga Minggu
“Ramai bertanya, apakah tips mudah hamil, ramai juga DM untuk mengadu dan bertanya tips untuk bahagia di peluang kedua, ada mengadu kahwin dah lama tapi belum hamil, ada juga DM mintak kekuatan selepas penceraian.
“Saya ingin kongsi pada semua. Jawapannya adalah ‘Doa’, Percayalah pada keajaiban Doa. Its Miracle.
“Selepas pada bulan pertama berkahwin, suami bertanya saya, adakah saya hamil, jawapan saya, belum lagi sayang. Dia kata dia nak cepat dapat baby sebab kawan-kawan di umur dia kebanyakan dan 2-3 anak. Oh.. dia nak mintak baby cepat.
“Bila masuk bulan kedua, saya terus menukar pattern doa saya, saya tambah kan ayat lain dalam doa, dan saya berusaha, syukur Allah makbulkan dalam masa yang singkat,” tulis Fasha.
Dalam pada itu, Fasha juga turut meminta kepada mereka yang sudah lama berkahwin dan menantikan zuriat untuk mencuba cara tersebut kerana Allah Maha Mendengar.
Fasha dan Aidil selamat bergelar suami isteri dengan sekali lafaz pada 30 Mac lalu dalam majlis yang berlangsung di kampung halaman Fasha di Perlis.
- SUMBER
- Oh Bulan
Tahniah fasha n aidil. Tak zabarrrnye nak tgk baby baru.hehe.im so excited too
selalu berusaha? hikhik
Baru 2 buln le..nikah…bukan 12 tahun..
Ok. Satu nasihat yg baik.
Tak perlu menunjuk2 ingat perasaan org yg belum dapat zuriat…..
Awal lagi nak menunjuk2 blm roh ada denyutan jantung lagi…
Ingat juga dulu macam mana awak berusaha mengambil laki org….
Betul betul..tkyah tunjuk sgt br lg…
Awak tu subur toksah la dok ckp byk.tak yah nak tips tips …
kalau tak subur tak payah tip ke ketip ke …pegi aje jumpa doktor …n jangan la minum pamoga ke tokmoga ke memang tak boleh punya …
6 months trying ..tak pregy gak ..mesti pi jumpa doktor ..
tau xpe, dia sembang mcm da kawin at least half year, n mcm xpernah beranak pulak kan. da baka subur ada supply benih menjadiklah tanaman. hahaha kelako
tuhan nak bagi fasha weh … apapun tahniah
macamlah orang yang dah kahwin lama tapi masih takde anak tu tak berdoa hari2.. haih la fasha..
tahniah. tapi bila cakap mcm ni, ingat org yang tak ada/susah dapat anak ni tak berdoa ke? aku ni nak dpt anak punya la payah, doa, solat hajat, treatment, semua buat. so rasanya, baik la jangan jawab gitu, kecik hati kami2 ni, kami ni dah la memang sedia ada sensetip nye
Iye iye jr ku buka dgn harapan ader ler tips nyer…. Skali… Omg tenanglah jiwa.
Rezeki memasing.ada yg dpt awal..ada yg lambat.Allah dah tentukan.aku ni pas nikah terus lekat.berdoa n berusaha..bertawakal.itu yg lebih afdal
Ada yg sebelum nikah dah lekat.
Ramai retis mcm tu kan aidil fasha.
Kalau nak lekat cepat sebelum kawin cium2 angkat2 peluk2 baru keluar hormon subur buat dirumah bekas suami.
rezki, ada yg buat hari2, berbelas tahun masih tak dapat…