fbpx

Fasha Sandha Kongsi Perbualan Terakhir Dengan Arwah Abam

Pemergian pelawak Abam Bocey bukan sahaja dirasai oleh keluarga dan sahabat terdekat, malah ia mengejutkan industri huburan tanah air serta rakan-rakan artis lain yang turut bersedih di atas kehilangan insan berbakat besar itu.

Fasha Sandha turut terkesan dengan pemergian Abam berkongsikan perbualan terakhirnya mereka dan sebak mengenangkan kebaikan arwah yang sanggup memenuhi permintaannya untuk makan mee rebus yang dimasak oleh Abam.

BACA: Fad & Achey Sanggup Ambil Alih Kerja Abam Yang Tertangguh Secara Percuma

https://www.instagram.com/p/B8Xp09lFeIX/?utm_source=ig_embed

Menerusi perkongsiannya itu, Fasha turut berjanji selagi termampu dia akan menjenguk selalu anak Abam iaitu Hamzah yang kini berusia lima bulan.

Dalam pada itu, Fasha turut meminta para pengikutnya sedekahkan Al-Fatihah buat Abam serta mendoakan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Terdahulu, Abam menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 7 pagi tadi. Difahamkan, Allahyarham meninggal dunia akibat demam panas.