Fasha Sandha Jawab Dakwaan Sombong Dengan Peminat
Baru baru ini ada dakwaan dari seorang peminat mengatakan yang pelakon Fasha Sandha dengan sombongnya menolak permintaan untuk bergambar bersama. Dalam kemaskini yang dimuat naik menerusi Facebook, individu itu turut menyertakan gambar Fasha Sandha yang dilihat sedang beratur untuk membeli makanan.
Fasha Sandha tidak mengambil masa lama untuk menjawab dakwaan peminat tersebut. Beliau menjelaskan yang permintaan peminat itu untuk bergambar tidak kena dengan masa kerana ketika itu beliau sedang sibuk bersama anak-anak sahabatnya.
BACA: Fasha Sandha Bagi Hint Sedang Hamil
“Selepas saya menjadi seorang ibu, populariti bukan keutamaan saya. Tugas saya sebagai ibu dan isteri adalah nombor satu dan artis bukan milik masyarakat, kami milik Allah dan keluarga kami”
“Jadilah peminat yang bijak, tengoklah masa yang sesuai untuk minta selfie. Orang lain beribu-ribu boleh dapat berselfie dengan saya — masa awak minta tak kena masa, lepas tu nak viral burukkan artis. Hina muka saya, hina saya pakai selipar,” tulis Fasha Sandha.
Beliau juga mendakwa selepas selesai semua urusan di kaunter, beliau ada bertanya kepada pekerjanya tentang peminat yang mahu mengambil gambar bersama namun peminat tersebut sudah tidak dapat ditemui.
Fasha Sandha turut berharap para peminat selepas ini lebih sensitif apabila mahu bergambar dengan artis terutamanya mereka yang sudah mempunyai anak yang ramai. (rtky/m)
Lain kali nk minat artis biaq la berpada2. Buat donno ja. Mcm tngok org biasa. Depa pun Tk tara mana. Bila dh suam2 kuku, baru depa sedaq diri.
Tah jakun ngat tgk retis.sape dorang yg rasa nk selpie sgt tu.buat bodo jela.tkyah duk minat sgt.lebih2 agungkan dorg kenapa
Hari2 jmpa retis xde le aku nk heran org kampung jek yg rasa retis tu besar beno. Org2 kl yg hari2 jmpa x heran dah…
dier kan bunting….hormonal changes lah tu. step bingit, tgh layan anak2 lagi. yg kau pun jakun sgt apsal? fasha tersandar jer pun. lain lah kalau jennifer aniston ke, brad pitt ke…nak jakun satu hal jugak
Sedangkan engko kalau kawan ajak selfie pun nak kena makeup 5 inchi siap angle diva lagikkk inikan pula retis… Agak2 lah commensense zero la fans dasar ulu ni…
Batak sgt nak ambil gambar dgn artis tu dah kenapa? Padan muka ko.. Lain kali, takyah nak selfie2 dgn org sgt..
Dalam case ni aku rasa Sara tu teramat bodoh …
Tak minat Fasha ni langsung ..but give her a break la ..dia takkan 24hrs nak jadi retis aje …
Aku prnah jumpak artis Hollywood n Bollywood pun tak pernah la jakun habih mcm “siti sarah”
Adoiiii..siti sarah ni anak saper ya? Jahat betoi mulut sebab x dpt berselfie dgn artis. Kesian..
artis pun manusia biasa mcm kita, berpada2lah wahai peminat. kalau awak pun disuruh2 msti fedap
Retis mee segera berlambak sekarang ni. Ini retis dah expired. Tengok muka macam ni, retisss ke . Artis expired dah ni.
Mana2 kita pergi ada je jumpa retis. Muka macam ni ko nak bergambar, bagus ambik aje gambor kucing aku.
Lagi cute. Tak byk songeh. Anytime.
Respek laa kt privasi org, sbb artis ni pun nk gk santai keluar tanpa diganggu! Lain laa dia mmg tngh promo dan ada sesi fotografi dgn peminat.
Bahasa melambangkan hati..parah dh ni
Amboii bukan main Marah sgt tu. Sy rase mungkin masa tu fsha terbuat muka kott.. tu yg dia tersentap habis. Apapun Artis pun manusia mcm kita juga..takkan boleh jg muka 24 jam sentiasa.
Sapo baru kuar gua ni??? Yg ko terkinja2 nak selpi dah kenapa??? Tak sabar nak show people ke yg ko jumpa artis?????pastu kena tolak..hati sakit ..update benda bodo lak..pigidahhhhh la siti
izreen pun ada ckp ada juga yg nak bergambar dgnnya wlpun dia kena boikot.
buang masa je bergambar dgn retis2 ni.
masa mereka merasa senang memang bongkak tak perlu netizen bila ada kesusahan baru nak minta doa dari orgramai.
tengok saja fasha ni bila ditegur makin menjadi2 tunjuk perangainya konon best waman win
Dah org beri alasan elok2, pandai2 la bawa diri. Naik angin buat pa?