fbpx

Fasha Sandha Bagi Hint Sedang Hamil

Umum mengetahui bahawa Fasha Sandha mengalami keguguran Jun lalu ketika kandungannya mencecah hampir enam minggu selepas disahkan hamil setelah dua bulan berkahwin dengan pelakon Aidil Aziz.

Bagaimanapun, baru-baru ini foto yang dimuat naik Fasha di Instagram mengejutkan peminatnya kerana bahagian perutnya kelihatan seperti mempunyai ‘baby bump’.

BACA: Ibu Sahkan Fasha Sandha Kini Hamil

Meskipun sebelum ini ibunya Hatijah Teh Man menjawab komen dari seorang netizen sekaligus mengesahkan perkara tersebut, namun tiada kenyataan rasmi daripada Fasha sendiri berhubung perkhabaran gembira itu.

Terbaru, Fasha memberi bayangan bahawa dia kini sedang hamil apabila memuat naik gambar keluarganya dengan kapsyen ‘berlima’ meskipun di dalam foto tersebut hanya berempat sahaja.

 

Perkongsian tersebut sekaligus menguatkan lagi spekulasi bahawa dia kini berbadan dua. Rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada Fasha serta mendoakan urusan hamil dan bersalin dipermudahkan.

Jika benar berita ini, pasti peminat tidak sabar menantikan bayi comel pasangan tersebut. Apa pun kami mendoakan agar segalanya dipermudahkan dan baik-baik belaka.