fbpx

Fasha Sandha Dibayar Enam Angka Untuk Bintangi Filem?

Demi untuk mendapatkan pelakon jelitawan ini untuk membintangi Filem Anak Mami Nasi Kandar, Fasha Sandha dikatakan telah ditawarkan RM150,000 namun tuan empunya diri bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan.

BACA: Fasha Sandha Tidak Percaya Orang Gaji Jaga Anak

“Maaf, mengenai bayaran adalah perkara sulit antara pihak produksi dan pengurusan artis. Saya tidak mahu komen panjang isu bayaran (lakonan) dan jadual saya serahkan kepada pengurus saya, Nik Yasmin yang sudah 11 tahun bekerja dengan saya”

“Saya lebih mengutamakan isu jadual dan komitmen dalam sesebuah tawaran berbanding bayaran,” jelas Fasha kepada Harian Metro dan dalam masa yang sama turut menyatakan bahawa dakwaan itu tidak benar sama sekali.

Dalam perkembangan lain, Fasha khabarnya bakal memperkenalkan jenama pakaian kanak kanak beliau sendiri yang diinspirasikan dari anak lelaki termasuk anak tirinya Putra Rayqal.

Suka kami melihat barisan artis tempatan yang kini sudah rancak mengusahakan jenama sendiri lebih-lebih lagi memberi jaminan kepada anak-anak untuk meneruskan perniagaan yang diusahakan. Jadinya, tidaklah perlu bergantung kepada satu sumber saja. (rtky/s)