fbpx

Fasha Sandha Positif Covid, Sedih Tak Dapat Raya Dengan Keluarga

Ketika ramai sedang bergembira menyambut hari raya, pelakon Fasha Sandha berdepan dugaan apabila dijangkiti Covid ketika menyambut hari raya di kampung suaminya, Aidil Aziz di Rembau, Negeri Sembilan.

Menerusi perkongsian di Instagram, Fasha berkata mereka sekeluarga membuat pemeriksaan sebelum bertolak ke Perlis selepas dia mengalami selesema.

BACA: Fasha Sandha Ada 45 Pasang Baju Raya Tahun Ini

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

“Kisahnya… balik Rembau 2 hari sebelum raya, sejak raya pertama terus bersin non stop . Ingatkan nak selsema biasa je… husnuzon. Pada raya kedua.

“13 jam dalam perjalanan dari Rembau, berhenti KL sekejap, sambung perjalanan ke Perlis… makan apa-apa rasa tawar, hati ni tiba-tiba rasa tak sedap hati, terus pegi klinik dan check covid sebelum nak jumpa keluarga di Perlis. 

“Nasib la, pergi cek kalau tak cek, makanya sy membawa virus ni ke semua di Perlis. Dah lah Perlis ni ada ramai orang tua dan berisiko tinggi. Alhamdulillah Allah lindungi mereka daripada Covid-19,” tulisnya.

Dalam pada itu, Fasha turut meluahkan rasa kesal apabila ada individu bersikap pentingkan diri sanggup beraya walaupun sedar dijangkiti virus tersebut.

“Ini dugaan raya kami. Sedih tak dapat beraya dengan keluarga Perlis satu perkara. Lagi satu sedih teramat sebab 99 peratus disana bila kami bagi tahu kena covid diorang mengganggap ni demam biasa je.

“Siapalah yang keluar beraya masa ada Covid ni kan. Memanglah selfish. Kerana kau punya selfish, kau tahu kau tak sihat, tetap keluar beraya, pass virus pada orang lain. hancur plan raya saya dengan keluarga Perlis saya,” tulisnya.