fbpx

“Bertudung Bukan Ikut Trend, Saya Pasti Akan Berhijab”

Tampil berhijab sepanjang bulan Ramadan lalu, ramai yang gembira dan memuji penampilan Fasha Sandha. Malah ramai pengikutnya berharap agar isteri kepada Aidil Aziz itu akan kekal istiqamah untuk kekal berhijab.

“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”

Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...

Baca Lagi

Bagaimanapun, Fasha sudah kembali ke penampilan asalnya selepas sebulan menyambut Aidilfitri mengundang pelbagai reaksi dikalangan pengikutnya.

BACA: “Sibuk Bagi Tips Hamil, Sampai Lupa Tips Tak Cepat Gugur”

Namun, Fasha menjelaskan dia pasti akan berhijab suatu hari nanti apabila dia sudah bersedia. Katanya lagi, dia mahu berhijab kerana Allah dan tidak hanya mengikut trend.

Kata Fasha lagi, dia tidak mahu berhijab semata-mata memenuhi kehendak orang ramai dan atas paksaan. Dalam pada itu, Fasha turut berterima kasih kepada netizen mendoakan yang baik-baik untuk dirinya.

“Berhijrah, bukan hanya sekadar tutup rambut, sebaiknya cara pemakaian pun berhijrah. Saya akan buat kerana Allah Taala bukan diatas paksaan atau kerana trend atau untuk memenuhi kemahuan followers. Saya pasti akan berhijab. Terima kasih doakan yang baik untuk saya,” tulisnya.