Dijangka melahirkan anak pertama bersama pelakon Aidil Aziz tidak lama lagi, Fasha Sandha mendedahkan dia dan suami bakal menimang cahaya mata perempuan.
Menerima kejutan majlis baby shower semalam, Fasha teruja menantikan kehadiran cahaya matanya itu serta berkongsikan video dimana pelakon itu menjerit “Another Drama Queen” merujuk kepada jantina anaknya.
BACA: Fasha Sandha Rindu Nak Tengok Wayang, Pergi Masjid
https://www.instagram.com/p/CCbbHOXF4-X/?utm_source=ig_embed
Fasha yang baru pulang daripada percutian ‘babymoon’ bersama Aidil dan kedua-dua anaknya di Langkawi turut memuat naik beberapa entri di akaun Instagramnya yang terkejut dengan perancangan dan sambutan majlis baby shower itu.
“Saya tak percaya kalian semua bersungguh-sungguh mengadakan majlis kejutan baby shower ini. Pastinya tak mudah dan saya sangat berterima kasih,” katanya.
Bertemakan warna pink, majlis baby shower Fasha itu turut dihadiri keluarga dan sahabat karibnya.
Fasha berkahwin dengan Aidil pada 30 Mac tahun lalu dan kehamilan ini adalah bayi pertama mereka selepas keguguran sebanyak dua kali.
Menerusi perkahwinan terdahulu bersama Jejai, Fasha mempunyai dua orang anak iaitu Putra Rayfal Ramli, 7, dan Putri Raysha Jemyma, 6.