fbpx

Fasha Sandha, Aidil Aziz Sudah Jumpa Keluarga

Biarpun masih tidak menyatakan hasrat untuk bernikah, namun ramai berharap Fasha Sandha dan kekasih hati cepat bersatu. Fasha pula mengakui sudah bertemu dengan keluarga masing-masing.

BACA: “Kalau Kahwin Nanti, Orang Lain Dapat Gelaran Janda Hot”

“Saya dan Aidil dah saling mengenali keluarga masing-masing. Saya pernah jumpa keluarga dia dan dia juga pernah bertemu keluarga saya. “Anak-anak saya pun selesa disamping Aidil”

Mempunyai dua orang cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu, Fasha akui anak-anaknya sangat rapat dengan Aidil Aziz. Hubungan cinta mereka mulai serius apabila Fasha terbuka mendedahkannya baru-baru ini.

“Malah, Aidil antara lelaki paling rapat dengan Rayfal dan Jemaima selain bapa mereka. Kalau ikutkan anak perempuan saya susah nak rapat dengan orang tapi dengan Aidil senang saja. Mungkin Aidil ada aura budak-budak,” jelasnya.

Sebelum ini ada juga peminat bertanyakan Fasha mengenai tarikh pernikahan menerusi sesi soal jawab di Instagram, namun pelakon itu dengan santai menjawab dalam nada gurau tentang status janda hot Malaysia yang dimilikinya. (rtky/w)