fbpx

“Kalau Kahwin Nanti, Orang Lain Dapat Gelaran Janda Hot”

Selepas 2 tahun bergelar ibu tunggal, pelakon jelita Fasha Sandha mengakui dia kini berkawan rapat dengan pelakon Aidil Aziz. Terdahulu, dalam satu kenyataan Aidil pernah memberitahu dia tidak menolok andai dijodohkan dengan Fasha satu hari nanti.

Baru-baru ini, menerusi fungsi pertanyaan yang diperkenalkan di Instagram Story, Fasha menjawab persoalan yang diajukan oleh pengikutnya. Apa yang pasti, soalan wajib yang akan ditanya sudah tentu mengenai status dan perkahwinan.

BACA: “Jika Jodoh Dengan Fasha Sandha, Saya Terima”

Ada pengikutnya bertanyakan soalan bilakah Fasha akan menamatkan zaman bujangnya. Fasha memberitahu, soalan tersebut lebih manis jika diajukan kepada pihak lelaki.

Menurut Fasha lagi, sejujurnya dia lebih suka menjadi ibu tunggal dan jika dia berkahwin nanti, wanita lain pula yang akan dapat gelaran ‘janda hot’ tersebut.  Dalam masa sama, Fasha meminta agar semua pengikutnya mendoakan yang baik-baik untuk dirinya.

Fasha sebelum ini pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 2012 dan bercerai pada Januari 2016. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 4 tahun dan Putri Raysha Jemaima, 3 tahun.