fbpx

Fasha Sandha, Aidil Aziz Nikah Hujung Mac Ini

Mengikat tali pertunangan pada 18 November tahun lalu, Fasha Sandha dan tunangnya, Aidil Aziz bakal melangsungkan pernikahan pada penghujung bulan Mac ini.

Menurut Fasha, majlis nikah dan bersanding akan diadakan di di Perlis, manakala majlis sebelah lelaki pula akan di adakan di Rembau, Negeri Sembilan. Ujarnya lagi, mereka tidak akan berahsia mengenai hal ini.

BACA: Jejai Doakan Kebahagiaan Fasha Sandha, Aidil Aziz

“Saya dan Aidil memang merancang nak nikah hujung Mac ini. Majlis diadakan di Perlis atas permintaan mak saya. Malah, untuk majlis nikah akan dibuat di masjid.

“Kami takkan berahsia. Insya Allah, saya akan berkongsi lanjut dan menjemput rakan media untuk hadir.

“Untuk majlis di sebelah lelaki pula, perancangannya pada April. Pada majlis itu, kami turut menjemput peminat hadir. Jumlah jemputan 5,000 orang,” katanya kepada Harian Metro.

Tinggal dua bulan saja lagi sebelum majlis perkahwinannya akan berlangsung, Fasha memberitahu dia masih belum membuat sebarang persiapan kerana jadual kerjanya sangat padat.

“Macam sekarang saya masih sibuk berlakon dan penggambaran drama Patah Sayap Bertongkat Paruh dijangka tamat pada 18 Februari. Kemudian, saya ada projek lain yang menanti.

“Ada dua bulan lagi sebelum majlis. Sejujurnya, saya belum ada sebarang persiapan. Berbanding Aidil, dia sudah buat sedikit demi sedikit seperti beli kain untuk keluaganya.

“Perancang perkahwinan sudah ada, tetapi saya belum ada masa untuk berjumpa dan berbincang. Saya nak selesaikan dahulu soal kerja baru boleh fikir mengenai majlis kahwin,” katanya.