Selamat menimang cahaya mata sulung mereka hari ini, pelakon Aidil Aziz meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada isterinya, Fasha Sandha yang sanggup bertarung nyawa melahirkan zuriat mereka.

Teruja dengan kelahiran anak pertamanya itu, Aidil berkata dia sanggup mengambil cuti selama sebulan untuk menjaga anak dan isterinya ketika berpantang.

BACA: Fasha Sandha Selamat Lahirkan Bayi Perempuan

Tidak mendedahkan nama anaknya lagi, bagaimanapun Aidil memanggil bayi perempuannya itu dengan nama ‘Baby A’.

Tengah hari tadi, Aidil berkongsikan berita gembira kelahiran anaknya dengan memuat naik separuh wajah bayinya di Instagram miliknya.

“Terima kasih isteriku di atas kandungan selama ini. I cuti sebulan jaga & teman you berpantang ok Terima kasih kepada semua yang tidak putus2 mendoakan utk kami. Semoga Allah perluaskan lagi rezeki kalian.Aminn,” tulisnya.

Tahniah diucapkan buat Fasha dan Aidil. Semoga dengan kehadiran bayi comel ini akan menambahkan lagi kebahagiaan rumah tangga.