fbpx

Fasha Sandha, Aidil Aziz Bertunang Hari Ini?

Tidak pasti khabar angin ini benar atau tidak, namun dengarnya Fasha Sandha dan Aidil Aziz akan mengikat tali pertunangan hari ini. Menurut Harian Metro di ruangan Cik Pang, majlis itu dibuat secara tertutup di kediaman Fasha.

BACA: Kad Sudah Diedar, Fasha Sandha & Aidil Bakal Bertunang?

“Tahniah Cik Pang ucapkan kepada pelakon jelita Fasha Sandha dan pelakon kacak Aidil Aziz yang khabarnya mengikat tali pertunangan hari ini. Menurut teman, majlis pertunangan itu dilakukan secara kecil-kecilan dan hanya dihadiri kaum keluarga serta rakan terdekat pasangan itu di kediaman Fasha”

“Disebabkan ini kali pertama Fasha merasai nikmat majlis bertunang dan bergelar tunangan orang, keluarganya bertungkus-lumus melakukan persiapan sejak beberapa minggu lalu,” katanya menerusi ruangan Cik Pang.

Selain itu, menurut Cik Pang, khabarnya pasangan terbabit enggan mengikat tali pertunangan terlalu lama dan bakal melangsungkan hari pernikahan sekitar penghujung Februari atau Mac tahun depan.

Majlis pertunangan ini juga dimaklumkan diuruskan oleh keluarga Fasha sendiri kerana kekangan komitmen pelakon itu untuk menguruskannya. Benar atau tidak, harapnya Fasha sudi tampil memberi kenyataan! (rtky/w)