Farid Kamil Tarik Balik Kenyataan Wujud Pihak Ketiga, Mohon Maaf Pada Isteri & Ibu Mertua
Pelakon Farid Kamil tampil memohon maaf kepada isterinya Diana Danielle dan ibu mertua, Norsiah Ramli susulan kenyataannya wujud pihak ketiga dalam konflik rumah tangganya.
Farid memuat naik permohonan maaf tersebut menerusi satu perkongsian di Insta Story pagi tadi. Farid turut memaklumkan dia menarik balik jawapan yang dikongsikan kepada media berkenaan perkara tersebut.
BACA: Farid Kamil Dakwa Diana Danielle Halau Ibu Dari Rumah
“Saya menarik balik kenyataan saya mengenai soalan daripada wartawan berkaitan pihak ketiga.
“Saya dengan rendah diri memohon maaf secara terbuka kepada ibu mertua saya, Norsiah Ramli serta isteri, Diana Danielle di atas kenyataan saya pagi tadi (semalam).
“Sekali lagi di bulan Ramadan yang mulia ini saya mohon dimaafkan kekhilafan yang terjadi,” tulisnya.
Semalam, Farid hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Selangor bagi menjalani prosiding Sulh sekitar pukul 11.40 pagi. Diana bagaimanapun tidak hadir ke prosiding tersebut.
Seleasi prosiding itu, Farid turut mengemukakan tawaran perdamaian berjumlah lebih RM300,000 serta mendakwa Diana telah menghalau ibunya itu keluar dari rumah pada tahun 2019.
- SUMBER
- Boom
kau dah kenapa ni…….
Booo loser. Dah la… bini dah tak sudi.
Best is to cerai . Peace on earth sekit .
So maknanya kau fitnah DD le demi nak tunjuk kau benar2 belaka..mmg patut pon DD angkat kaki..
Bukan fitnah, Farid merasakan tidak bagus membuka aib! Tapi dah terlajak kata! Jika siisteri perangai mcm Tu sampai sanggup menghalau ibu sendiri, elok saja dilepaskan Farid, she is not right for you! Aunty pernah Jumpa ramai org mcm ini ckp lembut pijak semut X mati tapi ya Allah, hanya Tuhan saja yg tahu. spesis mcm ini mmg Ada dimana2 ! Berckp sgt sopan tapi sukar dipercayai! Farid pesan aunty let her go, u can find a better person than she is! InsyaAllah doa aunty Farid Akan Allah temukan dgn gadis suci yg solehah cantik Mata memandang Dan membawa Farid ke Jannah Allah Aamiin. Jgn membazir duit dan waktu! Yakinlah jika dia nusyuz dia Akan menyesal krn mengejar pelangi yg X pasti ! Dan ketika itu giliran dia pula membeli cinta org yg dia tergila2 kan itu. Just let her go she is not worth it ! Farid be strong, jgn membeli cinta kerana ia menyakitkan Dan tidak Akan kekal!
orang macam ni patut kene tinggal..