Farid Kamil Dakwa Diana Danielle Halau Ibu Dari Rumah
Pelakon Farid Kamil meluahkan rasa terkejut apabila ibu mentuanya Norsiah Ramli tiba-tiba muncul di mahkamah menemani isterinya, Diana Danielle baru-baru ini.
Memetik Harian Metro, Farid berkata ibu mentuanya diminta keluar oleh Diana dari rumah mereka pada 2019 serta memutuskan hubungan dengan wanita itu.
BACA: Diana Tak Mahu Apa-Apa Dari Farid, Minta Dilepaskan Secara Baik
“Tiba-tiba, pada 2023, Norsiah muncul di sini (mahkamah) baru-baru ini bersama Diana dan ia benar-benar mengejutkan saya.
“Saya sebenarnya sudah lama tak dapat menghubungi mama Norsiah kerana setahu saya, dia sudah dihalau keluar oleh Diana dari rumah kelamin kami sejak 2019,” katanya.
Dalam pada itu, Farid berkata dia sendiri tidak mengetahui lebih terperinci mengenai punca keretakan hubungan Diana dan ibunya.
“Pada saya, Diana perlu jelaskan kepada saya, kenapa dia menghalau Norsiah keluar dari rumah dan tak mahu berjumpa dengan ibunya ketika itu.
“Sekarang, tiba-tiba, Norsiah muncul dan saya pun terkejut kerana Diana sendiri dah putuskan hubungan dengan ibunya,” katanya.
Semalam, Fadir hadir di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam serta mengemukakan tawaran perdemaian dengan jumlah keseluruhan bernilai RM319,700 untuk memujuk isterinya.
- SUMBER
- harian Metro
Memang takkan berbaik dah kalau gini, caya la.. Farid kamil tak jantan langsung, memang betul kata diana, farid bukan nak berdamai tp nak selamatkan air muka dia semata2, siap pakej nak jatuhkan diana, perangai laki gini boleh bla, selamat tinggal.. Kalau berbaik pun sama dia takkan bg nafkah kewangan yg sepatutnya, dia ada duit tp x bg sbb tahu bini dia ada duit, dasar biawak!!
setuju sgtttttt
puteri sarah case closed. sambung cerita diorg pulak.
Psyco
PARID KEMIL NI ADA NARCISSIST PERSONALITY DISORDER
Alahai… apa pulak ni…..
RK lambat update wehh. Baik pi baca kat beautifulnara.
dulu pun dia pnh gaduh kaw2 dgn mak mertua dia kan.best part , diana n ibu dia xpernah buka mulut.itu y aku suka dgn dd n mak dia. xde nk kecoh2
Sebelum ini pernah timbul desas-desus krisis antara pelakon Farid Kamil dan ibu mertuanya iaitu Norsiah. Namun sekarang, Farid Kamil mengakui bahawa dia malah meletakkan syarat untuk ibu mertua harus menemuinya terlebih dahulu sekiranya mahu menemui Diana dan anaknya kerana bimbang perkara yang buruk berlaku kepada dua insan yang disayanginya itu.
“Apa yang boleh saya katakan, sekiranya dia (ibu mertua) ingin melihat baby dan berjumpa isteri saya, suruh dia datang jumpa saya dulu. Selagi beberapa perkara belum selesai, adalah lebih baik dia berjumpa saya dulu.
“Saya risaukan perkara yang tidak diingini serta kemungkinan-kemungkinan yang buruk akan berlaku pada anak dan isteri saya. Saya dapat merasakan mertua saya akan melakukan sesuatu yang buruk kepada mereka.”
“Saya bukan berdendam tetapi lebih kepada mahu melindungi anak dan isteri saya. Lagipun sebelum ini saya dengar banyak cerita negatif yang keluar dari mulut ibu mertua saya tentang kami berdua”, jelas Farid Kamil dengan panjang lebar.
Menurut Farid, Diana juga sangat kecewa dengan sikap ibu mertuanya kerana tidak mengambil tahu keadaan anaknya apatah lagi disaat-saat Diana mahu melahirkan cucunya.
“Diana kecewa dengan ibunya sejak dia tidak merestui perkahwinan kami. Saya juga tidak pula pernah mendengar ibu mertua saya telefon bertanyakan khabar kepada Diana”, katanya.
Farid dan Diana telah berkahwin pada 3 November 2012. Selepas disahkan hamil, Diana berangkat ke Sydney, Australia bagi melanjutkan pelajarannya sehinggalah aktres itu selamat melahirkan bayi lelaki, pada 2 Julai lalu di sebuah hospital di sana.