fbpx

Farid Kamil Tak Mengaku Salah Ambil Dadah

Harian Metro hari ini melaporkan yang pelakon Farid Kamil mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas pertuduhan menggunakan dadah jenis THC (Tetrahydrocannabinol), dua minggu lalu.

Pelakon dan pengarah berusia 37 tahun itu membuat pengakuan selepas pertuduhan dibacakan di depan Majistret Nor Ariffin Hisham.

BACA: Farid Kamil Tak Mahu Dianggap Larikan Anak

Farid Kamil didakwa atas pertuduhan memasukkan dadah ke dalam badannya di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pada 11 Januari lalu.

Farid Kamil didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan diwakili peguam Athari Bahardi. Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Fazeedah Faik.

Mahkamah membenarkan Farid Kamil diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin. Mahkamah juga memerintahkan pasport Farid Kamil diserahkan kepada mahkamah. (rtky/m)